Mungkin anda perasan sejak kebelakangan ini saya agak jarang untuk
mengemaskini blog dengan entri terbaru. Bukannya malas ataupun tiada
idea. Alhamdulilah, semangat untuk menulis entri terbaru masih membara
tetapi dek kerana masalah liputan Celcom Broadband yang agak
mendukacitakan, terpaksalah saya membiarkan blog ini sepi seketika.
Siapa diantara kita yang tak pernah baca komik kartun? Memang kedengaran agak pelik kalau seumur hidup kita tak pernah baca komik kartun terutamanya ketika zaman kanak-kanak. Ini kerana komik kartun lebih kepada berbentuk humor yang dapat membuatkan pembaca terhibur. Dan ada sesetengah orang membaca komik kartun kerana untuk menghilangkan boring/stress.
Komik kartun adiwira atau superhero seperti Superman, Batman, Spiderman, Ironman dan banyak lagi telah menjadi kegilaaan ramai. Tapi siapa yang mampu menjangka edisi terawal komik kartun ini adalah sangat bernilai. Akibat kesukaran memperoleh salina asal keluaran pertama “Wira Agung” ini, harga lelongan yang dilaksanakan telah mencecah hingga AS$1.5 juta (RM4.793 juta).

NAMA: Action Comics, No. 1 /
NILAI: AS$1.5 juta (RM4.793 juta)
Siri komik pertama yang memperkenalkan
SUPERMAN kepada dunia ini mula dijual pada April 1938. Pakar koleksi
komik dan pengasas ComicConnect.com, Stephen Fishler, melabel komik ini
sebagai pencetus kegilaan terhadap genre hiburan ringan ini.
NAMA: Detective Comics, No. 27 / NILAI:
AS$1.38juta (RM4.41 juta)
BATMAN diperkenalkan kepada umum dalam edisi ke-27 Detective
Comics. Komik ini hanya berharga AS$0.10 (RM0.32) ketika dijual pada
1939. 70 tahun kemudian, nilai komik ini meningkat jutaan kali ganda.
NAMA: Superman, No. 1 / NILAI: AS$671,000 (RM2.144 juta)
Meskipun Action Comics memperkenalkan
SUPERMAN kepada umum, komik ini yang pertama didedikasi khas untuk wira
besi itu.
NAMA: All-American Comics, No. 16 / NILAI:
AS$430,000 (RM1.374 juta)
Komik edisi ke-16 All-American Comics ini memperkenalkan Green
Lantern kepada pembaca.
NAMA: Detective Comics, No. 1 / NILAI:
AS$405,000 (RM1.294 juta)
Komik ini edisi pertama siri Detective Comics yang mula
diterbitkan pada 1937 dan turut dibintangi SUPERMAN dan BATMAN dalam
siri seterusnya. Ia ditulis menurut siri penyiasatan tegar yang sukar
dinikmati pembaca.
NAMA: Marvel Comics, No. 1 / NILAI: AS$367,000
(RM1.173 juta)
Marvel
Comics, anak
syarikat The Walt Disney Company, memperkenalkan wira seperti IRON MAN,
X-MEN, WOLVERINE dan ramai lagi.
NAMA: Batman,
No. 1 / NILAI: AS$359,000 (RM1.147 juta)
Meskipun BATMAN diperkenalkan dalam komik
Detective Comics, kimik ini adalah edisi pertama komik peribadinya yang
diterbitkan pada 1940 dan turut memperkenalkan ROBIN.
NAMA: More Fun Comics, No. 52 / NILAI: AS$316,000 (RM1.009
juta)
Komik More Fun
Comics hanya diterbitkan antara 1935 hingga 1947. Isu ke-52
memperkenalkan pembaca kepada The Spectre.
NAMA: Flash Comics, No. 1 / NILAI: AS$289,000
(RM923,152)
Komik ini
diterbitkan pada 1940 buat pertama kali memperkenalkan pembaca kepada
FLASH dan HAWKMAN.
: Amazing Fantasy, No. 15 / NILAI: AS$280,000
(RM894,180)
Isu ke-15
Amazing Fantasy adalah komik ke-10 termahal pernah dilelong. SPIDERMAN
muncul buat pertama kali di kulit muka komik ada Ogos 1960. Ketika itu
penerbitan siri komik ini dijadual akan ditamatkan, tapi kemunculan
SPIDERMAN sebaliknya menyebabkan siri ini mencatatkan penjualan paling
tinggi pada masa itu.
Sama ada kita perasaan atau tidak, kebanyakkan filem superhero yang dihasilkan di Hollywood adalah diadaptasi daripada komik kartun terkenal ini dan telah meraikan keuntungan yang belipat kali ganda.
Bagi kita rakyat Malaysia, mungkin kita tak berpeluang untuk membaca komik kartun hebat tersebut. Tetapi komik kartun yang dihasilkan oleh kartunis tempatan kita tidak kurang juga hebatnya seperti Majalah Ujang, Apo, Gila-Gila, Gelihati, Bujal, Kampung Boy dll.

0 comments
Post a Comment
Mari tinggalkan komentar yang baik dan benar